Saturday, 3 September 2016

Baiknya Allah

Bismillahirrahmaanirrahim..

Alhamdulillah syukur yang tak terhingga ke hadrat Allah Tuhan Sekalian Alam..
Yang tak putus-putus kasih sayang-Nya terhadap sekalian hamba-Nya..

Bangunnya seseorang hamba itu daripada tidurnya, telah tersedia di hadapan mata kita betapa banyaknya nikmat, yang kalau kita list daripada A sampai Z sememangnya tidak terhitung..Yang terutamanya, celik-celik bangun sahaja daripada tidur, Allah masih lekatkan nikmat iman dan islam dalam diri kita.. Allahurobbi..

Betapa sayangnya Allah kat kita masih ingin menghadiahkan syurga buat kita.. Cuma kita sahaja samada masih ingin mensyukuri nikmat agung itu ataupun mengkufurinya..

Dalam firman Allah s.w.t :

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".

( Surah Ibrahim, Ayat 7)

Sebab itu junjungan agung Rasulullah s.a.w. pun masih sujud kepada Ilahi walaupun Baginda sendiri pun telah dijanjikan syurga..Namun masih tidak cukup untuk Baginda sentiasa mensyukurinya. Apatah lagi kita sebagai umatnya.. Yang telah dijanjikan syafaat oleh Baginda. Malunya kita terhadap Rasulullah kalau kita sendiri masih juga tidak menghargai syafaat itu. Allahumma solli 'ala habibina Muhammad..

Tidak cukup lagi nikmat setakat itu. Kita dikurniakan pula dengan pancaindera fizikal dan mental yang sihat dan sempurna. Alhamdulillah, ya Allah, dengan itu diizinkan pula kita untuk sentiasa beramal soleh, beribadat, menuntut ilmu, berbakti kepada kedua ibu bapa, bekerja mencari pekerjaan serta rezeki yang halal dan sebagainya.

Tersurat di dalam firman-Nya:

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ

kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.


(Surah At-Tin, Ayat 6)

Dan banyak lagi nikmat lain kalau kita nak list lagi. Memang sangat banyak. Itulah, betapa baiknya Allah kat kita, betapa sayangnya Allah kat kita. Naknya tengok kita hidup dalam keadaan sempurna tapi kita je tak hargai. Buat main-main je, langsung tak hirau apa yang Allah nak bagi kat kita. Ish..ish,,ish.. Astaghfirullahal 'azim..!!

Hanya itu sahaja coretan sebagai muqaddimah. Terima kasih kalian yang sudi membaca. Moga Allah redha dan berkati kita semua..

Barakallahu fiina wa fiikum..